Apa beza flyers dan brochure?

Selain bisnes kad, flyers serta brochure juga adalah produk cetakan yang sangat popular.

 

Menggunakan flyers murah untuk tujuan promosi juga merupakan satu idea yang bagus. Asalkan design dan maklumat yang nak disampaikan jelas dan berkesan. Tidak semestinya anda perlu menggunakan material yang mahal untuk mencetak flyers atau brochure.

 

Mungkin ramai lagi yang tidak tahu membezakan antara flyers dan brochure. 

 

Apa yang membezakan flyers dan brochure sebenarnya?

 

flyers and brochure

 

Apa itu Flyer?

Samada flyers mahal atau flyers murah, ia adalah sekeping kertas bercetak yang tidak berlipat.

 

Ia digunakan untuk menarik perhatian orang ramai terutamanya untuk memperkenalkan produk, servis, idea dan sebagainya.

 

Tiada standard saiz untuk menghasilkan flyer. Tapi biasanya yang kita lihat adalah bersaiz A5 atau A4. Ianya adakala lebih kecil atau lebih besar daripada itu.

 

Sila klik untuk link sebagai panduan saiz flyers  https://www.printingnews.com/offset/substrates/blog/11532973/a-guide-to-deciding-on-page-size-for-printed-leaflets-and-flyers

 

Cetakan pada flyer boleh jadi satu muka sahaja dan boleh jadi depan dan belakang.

 

Flyers juga dikenali sebagai leaflet. Biasanya flyers diedarkan di tempat yang menjadi tumpuan pengunjung. Biasa juga kita lihat mereka meletakkan flyers pada cermin depan kereta.

 

Flyers boleh dicetak dengan pelbagai warna atau pun hitam putih. flyers berwarna adalah lebih popular dan berkesan.

 

Misalnya flyers yang digunakan untuk pembukaan sesuatu acara atau acara istimewa, jenis kertas yang digunakan tidak semestinya kertas jenis tebal. Ianya boleh dicetak pada kertas jenis nipis.

 

Apa itu Brochure?

Tidak seperti flyers, brochure biasanya lebih banyak maklumat dan ianya berlipat.

 

Lipatan brochure juga ada banyak jenis lipatan. Ianya boleh dilipat dua, tiga atau lebih.

 

Seperti flyers juga tiada ketetapan saiz untuk menghasilkan brochure. Seringkali kita lihat adalah size A4 atau A3.

 

Sila klik link ini untuk panduan saiz brochure:  https://www.digitalprinting.co.uk/blog/paper-sizes-designing-brochure/

 

Kertas yang lebih tebal adalah lebih sesuai untuk mencetak brochure.

 

Brochure jarang diedarkan ditempat keramaian. Selalunya ianya di display di pejabat-pejabat, kedai-kedai, dan sebagainya.

 

Jadi Saiz yang lebih tebal dan berkualiti adalah lebih sesuai untuk mencetak brochure supaya ianya lebih tahan lama.

 

Biasanya ia juga dicetak dengan warna sepenuhnya. Ia boleh dilapisi dengan lapisan UV sebagai kemasan.

 

Flyers dan brochure mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan masing-masing adalah penting untuk pemasaran. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

 

 

Tidak semestinya anda perlu menggunakan material atau kertas yang mahal. Print flyers murah juga sudah memadai dan sangat berbaloi. Begitu juga brochure.

 

 

ideacetak.com

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *