Kad Nama – Alat Pemasaran Yang Penting Dalam Perniagaan

Kad nama @ Business card anda adalah salah satu alat pemasaran yang sangat penting,

 

kos efektif dan versatile. Benarkah begitu? Ya, kad nama sangat murah, mudah dibawa, dan mudah dicapai untuk dihulurkan kepada sesiapa sahaja.

Bagaimana pun, pastikan kad nama anda memberikan impression atau kesan yang hebat.

 

Dengan rekabentuk kad nama yang menarik, anda dapat mempromosi kan perniagaan anda dengan lebih efektif.

 

Apa jadi dengan business card yang mempunyai rekabentuk tidak profesional? Tong sampah jawabnya! Atau jadi koleksi dalam drawer. Kad nama adalah wakil kepada diri anda dan bisnes anda. Lebih baik daripada orang sering bertanya siapa anda dan apa perniagaan anda?

 

Draf, merekabentuk @ design, dan cetak

Untuk menjadikan kad nama anda alat pemasaran yang bagus, beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk mendraf dan merekabentuk kad nama anda.

Cetak business card yang profesional

Sudah pasti anda boleh sahaja cetak di atas laser jet dan kemudian mengguntingnya. Anda boleh jimatkan kos. Tetapi persoalan akan timbul adakah bisnes anda boleh dipercayai kerana anda sendiri seperti tidak mampu cetak kad nama full colour @ 4C.

Ambil perhatian ke atas segala maklumat pada kad

Logo misalnya adalah sangat penting. Jadi pastikan anda ambil berat ke atas rekabentuk logo syarikat anda.

Pastikan mudah dibaca

Text yang terlalu kecil menyebabkan ianya sukar dibaca. Ini memberikan kesan yang teruk. Penggunaan warna yang salah juga menyebabkan text tenggelam dan sukar dibaca.

Proactive dan up to date

Jika terdapat sebarang perubahan seperti nombor telefon contohhnya, jangan tukar dengan pen. Jika tidak, perniagaan anda akan kelihatan seperti tidak organize. Buang je kad nama tu dan cetak kad nama baru dengan maklumat terkini.

Sebaiknya upah pereka grafik untuk design kad nama anda

 Mereka tahu apa yang perlu dan apa yang tidak.

Maksimumkan penggunaan ruangan kad

 Jangan terhad pada muka depan sahaja. Gunakan bahagian belakang kad untuk maklumat tambahan. Perlu di ingat juga, mereka selalu mencatat sesuatu di atas kad nama. Jadi tinggalkan sedikit ruang pada bahagian belakang kad adalah satu idea yang bagus.

Nama syarikat anda atau jawatan anda menggambarkan apa yang anda tawarkan

Jika tidak tambah beberapa perkataan ringkas untuk menerangkan perkhidmatan anda. Memberitahu apa yang anda lakukan membuatkan anda lebih menyerlah.

Elakkan daripada terus melakukan kesilapan

apabila design atau cetak kad nama baru. Ini akan menambahkan kos anda.

Kad nama kurang menyerlah

Kad nama anda mesti kelihatan hebat, dicetak pada material yang berkualiti dan jelas menggambarkan perniagaan anda – pastikan anda dan kad nama anda mudah dingati!

Pekembangan teknologi percetakan memudahkan anda. Siapa sahaja mampu memiliki kad nama yang bagus serta menjimatkan kos.

Jangan reka kad nama yang misteri

Anda tidak akan dapat banyak panggilan jika seseorang membaca kad nama anda dan tidak tahu apa sebenarnya yang anda lakukan.

Maklumat overload

Terlalu banyak maklumat pada kad nama anda menunjukkan anda terlalu sibuk dan tidak profesinal. Keeping it simple is best. Masukkan perkara penting sahaja seperti nama anda, nama syarikat dan kepakaran anda.

Text terlalu kecil

Penggunaan font yang kecil membolehkan anda memasukkan banyak maklumat tetapi tetapi pastikan orang dapat membacanya. Sebaiknya jangan guna font yang kecil daripada 7-8 point. Besarkan sedikit nama syarikat, nama anda atau nombor telefon anda.

Warna tidak sesuai

Penggunaan warna adalah sangat penting untuk menyerlahkan kad nama anda. Apapun elakkan mencetak warna gelap di atas latarbekang yang sedia ada gelap atau sebaliknya warna cerah di atas latarbelakang cerah.

Pastikan anda bawa kad nama anda di mana anda berada

Pastikan anda maksimumkan penggunaan kad nama anda. Beri kepada sesiapa sahaja di mana anda berada. Anda akan terkejut denga resultnya!

 

+

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *