BISNES KAD LAMINATE – PERLU KE?

Mungkin ada yang tak tahu bisnes kad juga boleh di’laminatekan’ atau dilapisi lapisan plastik nipis. Selain ianya sebagai protection, permukaan bisnes kad akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Bisnes kad yang kelihatan berkualiti membantu anda sebagai pemilik perniagaan untuk mencipta kesan pertama yang menguntungkan. Kad yang kurang berkualiti boleh mencerminkan imej perniagaan yang teruk. Jadi sangat penting untuk memilih material yang baik atau menambah kemasan yang menarik pada bisnes kad anda. Antara kemasan yang boleh anda tambah adalah kemasan ‘laminate’.

Membuat kemasan laminate mungkin agak mahal berbanding bisnes kad biasa tanpa laminate. Tapi ada juga yang yang menawarkan harga yang murah. Mungkin mahal sedikit je berbanding bisnes kad biasa. Kemasan jenis ini sesuai untuk semua jenis bisnes seperti salon, pemandu grab, juruelektrik, insurans dll. ‘Imej berkualiti’  begitu penting untuk apa bidang sahaja. Kad perniagaan yang jelas dan kemas dengan menggunakan reka bentuk yang berkualiti sering kali diperlukan oleh pengusaha perniagaan.

Bagaimana kemasan laminate dihasilkan?

Asasnya, ia dihasilkan menggunakan dua helai plastik nipis yang melekat depan dan belakang bisnes kad. Plastik nipis ini adalah berbeza dengan plastik laminate yang selalu digunakan di pejabat-pejabat yang lebih tebal. Ianya sangat nipis dan diukur dalam mikron, dan sukar untuk dikesan. Cara utama untuk menguji samada kad berlaminate atau tidak  adalah dengan cuba merobek lapisan plastik tersebut atau cuba tulis dengan pen dakwat biasa.

Bagusnya lapisan laminate ini adalah ianya meningkatkan pantulan warna dan design.

Apa bagusnya bisnes kad laminate?

Antaranya kelebihan bisnes kad laminate adalah lebih  tahan kepada sinaran UV, Permukaan kad kelihatan lebih menarik, Lebih kalis air, kad nampak lebih eksklusif, permukaan lebih lembut dll.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *